Pergi ke kandungan

Menara Condong Pisa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menara Condong Pisa
Torre pendente di Pisa
Info asas
Koordinat geografi43°43′23″N 10°23′47.10″E / 43.72306°N 10.3964167°E / 43.72306; 10.3964167Koordinat: 43°43′23″N 10°23′47.10″E / 43.72306°N 10.3964167°E / 43.72306; 10.3964167
AgamaKatolik Rom
Upacaradeta
DaerahPisa
WilayahPisa
NegaraItali
Laman webhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama
Disiapkan pada1372
Spesifikasi
Tinggi (maks)55.86 meter (183.3 ka)
Bahan binaanMarmar putih

Menara Condong Pisa (Itali: Torre pendente di Pisa) atau Menara Pisa ([La Torre di Pisa] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) merupakan menara loceng, atau menara genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di Piazza del Duomo ("Dataran Gereja") di Pisa.

Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya.

Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki) dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki) di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di aras atas pula lebarnya 2.48 m (8.14 kaki). Beratnya dianggarkan kira-kira 14,500 tan metrik (16,000 tan pendek). Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga; aras ketujuhnya kekurangan dua anak tangga di tangga yang menghadap ke udara. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah[1]. Ini bererti puncak menara berada 3.9 meter (12 ka 10 in) dari kedudukan sepatutnya seandainya menara ini berdiri tegak.[2]

  1. ^ Baru-baru ini dua buah gereja Jerman telah mencabar kedudukan menara ini sebagai binaan paling senget: menara dataran abad ke-13 di Suurhusen dan menara loceng abad ke-14 di pekan Bad Frankenhausen (Sunday Telegraph no 2,406- 22 Julai 2007). Guinness World Records mengukur menara Pisa dan Suurhusen, lalu mendapati kecondongan menara Pisa sebanyak 3.97 darjah.German steeple beats Leaning Tower of Pisa into Guinness book Diarkibkan 2009-05-04 di Wayback Machine
  2. ^ tan(3.97 °) * (55.86 m + 56.70 m)/2 = 3.9 m

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

kategort:Menara Condong Pisa